Dulu dan Sekarang.
Apa yang ada dulu mungkin tak ada pada waktu sekarang. Mungkin dari sudut kebendaan. Mungkin dari segi attitude. Mungkin dari aspek keluarga. Mungkin terjadi dalam persahabatan.
.
.
Dan. Apa yang ada sekarang mungkin tak ada waktu dulu.
Mungkin sekarang lebih berduit. Mungkin sekarang dah bekerja. Mungkin sekarang dah masuk IPT. Mungkin sekarang dah ada akaun bank sendiri. Mungkin sekarang dah ada geng gossip girl. Mungkin sekarang dah pandai demand itu ini, nak melawa. Mungkin sekarang ...?
.
.
Seseorang yang bergelar manusia memang takkan pernah puas kan ? Mungkin faham erti kesyukuran. Faham ke ?
Kalau faham pun mungkin hanya pada harfiah sahaja. Bukan lahiriah.
Susah sangat nak hadirkan rasa kesyukuran. Kenapa mesti tinggikan ego ? Dan kenapa mesti orang lain yang dipersalahkan ? Kenapa susah untuk mengaku kesilapan diri sendiri ?
.
.
Maafkan diri ini.
Doakan diri ini.
Semoga Allah sentiasa jaga hati kau dan aku.