Sahabat,
Diriku bukanlah sesiapa
Malahan hanya manusia biasa
Yang tak pernah punya apa apa
Apatah lagi untuk dibanggakan
Memang lansung tidak ada
Sungguh aku tak pandai bermadah
Apatah lagi menghilangkan rasa gundah
Namun aku punya sedikit kata
Untuk kita kongsi bersama.
Sahabat,
Dalam kancah kehidupan
Bertemu, berpisah dan melupakan
Itu cuma perkara biasa
Percayalah bahawa apa yang terjadi adalah kehendak-Nya
Seperti mentari dan bulan juga
Mana pernah muncul bersama
Namun tetap saling bekerjasama
Mengindahkan lagi alam semesta.
Sahabat,
Jika pernah hatimu berduka
Pandanglah keindahan alam semesta
Bukalah sedikit ruang buat hatimu berbicara
Tentang nikmat yang lebih berharga dari Yang Maha Esa
Iaitu nikmat hidup di dunia.
Sahabat,
Ceritera yang telah kita lakarkan
Biarlah tersimpan kemas dalam kotak ingatan
Namun ku hanya punya satu permintaan
Teruskanlah mewarnai sisa kehidupan yang masih berbaki
Kerana hidup kita ini hanyalah sekali
Usah mengeluh kenapa kita diduga begitu dan begini
Kerana semuanya adalah ketetapan Ilahi
Terimalah semuanya dengan rendah hati
Nescaya kebahagiaan pasti kau temui
Ketika perasaan rindu menjelma
Pada dia yang sangat disayangi nun jauh di sana
Maka dakapkanlah Al-Quran dalam hatimu
Maka rindukanlah dia dalam setiap doamu
Maka rindukanlah dia dalam setiap sujudmu
Maka pintalah agar dia selalu berada di jalan-Nya
Maka pintalah agar Dia selalu menjaga hatinya.
Ku sampaikan salam rindu buatmu teman
Moga dirimu baik baik saja
Dan moga Allah menjaga kamu selalu.
=========================================
=========================================
Aku jumpa puisi indah ni dalam diari zaman kelabu aku. Pasti ada sebab aku tulis kan ? Setiap kali aku baca puisi ni, hati aku tersentuh dan mata aku mula berkaca. Perasaan sebak mula hadir.
Memang bukan aku yang buat puisi ni tapi aku nak kreditkan pada penulis puisi ni dan aku nak cakap puisi yang hang buat ni memang terbaik. Serius aku tak ingat kat mana aku copy, tapi selalunya Mr Google lah kan 😂.
Terima kasih atas peluang dan kesempatan ini.
Semoga kita semua berada dalam keadaan yang baik selalu.
Tolong boleh ?
Tolong doakan aku.