Sabtu, 10 Februari 2018

HambaNya :')

Eksaited gila aku nak sambut Ramadhan tahun ni. Tahu tak sebab apa ? Sebab ada dia. Dia yang ku sayang selamanya.

Aicewah.

Aku sangat-sangat yakin yang Ramadhan tahun ni lebih osem drpd tahun-tahun sebelumnya sebab sahabat yg aku sayang fillah till Jannah ni sentiasa ada kat sisi aku. Wow. Sweet tak aku ? Yelah. Bila ade sahabat ni , dia ibarat reminder yang tak perlu diset. Mana-mana mutabaah amal yang aku tertinggal dia akan tegur, dan begitu jugak sebaliknya. Gitulah kiteorang, saling melengkapi.

Kiteorang gi qiam sama-sama, sahur sama-sama, bukak posa sama-sama. Solat terawih sebelah sebelah. Kumpulan tadarus kiteorang tak sekali, tapi kalo aku lambat habis dia tunggu, sambil kenyit mata kat aku. So far semua benda yang kiteorang buat, kiteorang akan buat SAMA-SAMA.

Aku dengan dia tak duduk mahallah yg sama. Dia di Mahallah Suwaibah , aku di Mahallah Maryam. Tak jaoh manepon, tapikan paham jelah kan. Magnet ukhuwah yg kami bina tu tak bisa membuatkan kami berdua berjauhan. Oke. Silalah muntah kelabu. :P

Aku : Weh, esok jgn lupa kejut ana nah.
Azwa : No biggie dear. *sengih sampai nampak gigi dia yang putih bersinar.*

Oke. Memang dah jadi rutin dialah kejut aku pagi-pagi. Aku ? Kejut dia heh ? Sekali dua kot. Hehe. Dia junior, tak banyak homework sangat. Tak banyak kerja. Lainlah aku ni, pengawas, pegang jawatan dalam badan tertinggi sekolah lagi, banyak kerja, asyik-asyik mesyuarat, pastu aku form 4, tahun depan exam besar pulok. Banyak homework doh. Penat oke. Hahahaha. Oke, aku taw tu semua ALASAN yang korang rasa cliché sangat kan. Saja ja aku nak bermanja ngan dia. Silalah muntah biru pulak. :P

Tapi kan korang, dia sgt faham aku and aku amaaaaat beruntung giler ade sahabat cam dia. Aku sayang so much kat dia weh.

Tapi, pelangi kan tak selalu munchol. Untuk sampai ke Ramadhan yg seterusnya, aku tak se-eksaited tahun lepas dah.

Yess. Memang aku harapkan Ramadan tahun ni lagi baik daripada tahun lepas tapi yang bezanya adalah tahun ini tiada lagi dia kat sisi.

Jujurnya, memang aku yang salah. Aku akui aku yang melarikan diri. Aku tak sampai hati nak bagitau dekat kau. Jadinya aku bertindak mnjauhkan diri walaupun hati aku ni sakit sangat-sangat. T.T.


Sebab aku menjauhkan diri, sebelum cuti panjang, aku ada dapat surat. Dua ‘love’ letters. Sehelai kertas warna putih, sehelai lagi kertas warna pink.


Konklusi mudah yang boleh aku buat melalui kedua-dua surat tu adalah ; depa tak boleh terima aku rapat dengan Azwa. Depa kata depa rindu aku yang dulu. Melepak, mengarut, ketawa, sedih ngan depa macam dulu-dulu. Tapi aku asyik dengan Azwa ja. Asyik-asyik dengan dia. Jadi, aku ni dah macam melupakan classmates sendiri.

So aku bertindak menjauhkan diri daripada hang atas beberapa sebab yang lain selain yang dikisahkan di atas.

Aku tahu hang sakit tapi aku selalu doakan hang agar dapat sahabat yang lebih baik, yang dapat jaga hang, yang dapat bimbing hang ke Syurga.

Memang terjadilah babak-babak drama yang menyentuh kalbu ni. Aku dah agak dia mesti tertanya-tanya punya, tapi biarlah ianya menjadi rahsia antara aku, Fizah dan Allah.

Fizah pon tahu sikit-sikit, pasal surat tu memang dia tahulah sebab dia baca, cuma sebab lain tu………. Fizah taktahu.

Aku just bagitau dia
' Ade sebab akak buat ceni.. :’) '

Bila nak bersatu balek, rasa sakit, takut dan rasa kurang percaya dah wujud dalam diri. Ditambah serbuk perisa yang namanya cemburu.

Fizah… Fizah hang dah curik dia daripada aku!

Hahaha. Takdelah. Gurau je woi.

Back to the story, esok dah nak kene balik asrama. Huhu. Rasa macam taknak balik asrama je. Rasa nak mintak izin kat parents aku bagi aku berulang untuk bulan Ramadhan ni. Kenapa ? Sebab memori tahun lepas bersama dia di bulan Ramdhan, membuatkan aku rindu untuk berada di setiap saat tu. RINDUNYA mencengkam kalbu.

Disebabkan aku amek SPM tahun ni, aku nak kena study, kadang-kadang kena stay up, kalau duduk asrama senang sikit nak tanya kawan-kawan mana yang tak faham, and aku malas jugak la nak susahkan ayah aku yang nak kene amek-hantar aku. Harapan nak berulang tu aku kuburkan dalam hati. Jadi, aku gagahkan diri mengharungi Ramadhan kali ni tanpa si dia.


First day utk Ramadhan 2014 di asrama.
0500am,


Azwa : Oit, bangun. Qiam ke tak lg ni ?

terkebil kebil mata aku nak celik.

Aku : (eh?) Ermm. Blom.
Azwa : Haa. Bangun-bangun. Pi buat qiam kaih.
Aku : Haa. Oke.

Nampaknya dia tak lupa tugas dia kejut aku tiap-tiap pagi. Hihi. Even dah tak bukak posa sekali apa semua. Tapi hati aku tersentuh dengan perbuatan dia tu. Tiap-tiap pagi dia kejut weh. Ade jugak sekali dua tu aku dah bangun dah sebenarnya, cumanya saja tunggu dia datang kejut jugak. Hehe.

Seriously, bukan mudah untuk melupakan. Setiap benda yang aku buat mesti ingat kat dia. Usha dari jauh ja mampu. Tapi takdalah trang tang tang, usha sebelah mata je (kononnya). Setiap waktu. Waktu sahur, waktu bukak posa, waktu sembahyang terawih, waktu tadarus.

Kadang-kadang rasa macam ada seseorang tengah tunggu aku waktu tadarus. Bila aku kalih belakang , aku nampak dia. Tapi…. dia membelakangi aku , dia dah tak kenyit mata mcm dulu (.

************************************//*******************************************

Tak sangka program yang dinanti-nanti bakal tiba seminggu ja lagi , that means Ramadhan jugak bakal meninggalkan aku dua minggu ja lagi. Program tu nama dia 3R. Remaja Raikan Ramadhan. Ustaz-ustaz yang mantap dijemput khas untuk menyampaikan tazkirah dan perkongsia , ade qiyam perdana, dakwah jamaie dan banyak lagi aktvti yang daebak. Aku pulak jadik Penolong Pengarah utk program 3 hari 2 malam ni. Busy kot. Dapat la lupa sekejap pasal dia. Tapi dugaan sebagai Penolong Pengarah ni memang banyak ah. Naseb ade AJK yg bg sokongan. Tapi, aku sebenarnya nk jugk sokongan drpd dia. Kata² smgt. Kalau aku down, dia slalu selit memo @ sticky notes kat Quran aku. Takpun dia buat muka Mr Bean dia tu. Tp yg paling best antara smua tu adalah ...... :

Azwa : Sistur, awat nih. Sapa buat ? *dia datg duduk sebelah aku.
Aku : (keluar air mata je dgn bunyik tersedu tersedan)
Azwa : meh nangis kat bahu ana ni. *tgn dia sebelah kanan tu peluk aku
Aku : (sandar kat bahu dia smpai bnjir bju dia.)
Azwa : mengislah kak klo yg tu yg buat akk lega. oke?
Aku : (aku anguk², bila dh reda bru aku stat cita.)

Dia tu mcm kakak. Walau dia junior, tp masyaAllah matang dan bijak orgnya. Pndgr setia msalh aku.

Ayat yg aku takleh lupa sekali bila aku berdolak-dalih nk crita msalah aku kat dia.

'It sokay, Wa. Ana ni membebankan otak nti ja.'

Dia akn jawab,
'Akk, ana akn tolg akk semampu keupayaan ana,kak. If d luar kmmpuan ana, mnjadi pndgr kpd msalh akk pon dh dpt mringankan beban ana taw.'

Aku tnya lg, 'ishla, pesaipa plak?'

'Sebb beban akk dah kurg.'


Tak sgka program kali ni memg mnguji ksabaran aku. Ramai gila bebudak yg kompelin pasal grup diaorg. Tak ngam, takleh masok, ni bukn spesis kamilah, takleh huha². Hadeh. Ape hadaf diaorg sebenar join prog ni ? Dan GENG² SENIOR pulak datg prog lmbat. Batch aku memg tak terkecuali lah. Mana tak sedihnya.
Jatoh terduduk aku menangis depan junior tu, naseb dia salah satu AJK 3R. So, dia faham situasi.

Then, lpas berdrama queen kat tepi longkang tu, aku kuatkan diri masok masjid. Lap² air mata smua, langkah demi langkah aku ayunkan. Tetiba, aku dapt aduan yg sorg budak ni tak puas ati ngan grup dia.

Aku tgk Fizah dari jaoh. Dia tgh smbg ngan adik² junior. Aku jeling dia. Senanya nk mnx perhatian. Nk sgt cakp 'Tolg aku'. Tp sebb aku tak tahan sgt, terkenalah tempias sindrom aku nih.

Alhamdulillah, ade alumni skolh sudi turun padang wktu program. Sgt mmbntu. Rasa positif sikit. 😊.

'Man,..'

Fizah.

Fizah: Marah betol nt kat ana ? Jelinganmu mnyntap hatiku.
Aku : Memg pon. Selpish bak hiang!
Fizah : Woi, sesedap oren ja nk cakp kat org. Sorrylah wei. Nt kenapa ?
Aku : Feeling down sgt² td. Nt boleh pulak suka suki dok ngan depa² tu noh.
Fizah : Mna nk taw. Kotla nk pggil ka apa. Wek.
Aku : Haha. Oke, ana salah. Saya mengaku.

Alhamdulillah. Kan best klo setiap masalah tu kita selesai dgn cara baik, bilhikmah.
Kan ?

**************

Syukur. Pnutup program smalm dapt la sedikit sebyk merehatkn fizikal dan mntal aku harini.
Dan syukur Ya Allah, Kau dh mnemukn dia dgn sahabat yg jaaaaaaaaaaaaaaauuuuuhhhhh lebih baik drpd aku. Yg lebih hebat drpd aku. Yg byk ilmu drpd aku. Alhamdulillah , syukur. *menangis kegembiraan*
Terima kasih Fizah. Aku yakin yg persahabtan hg dgn Azwa akn kekal konkrit selamanya walau korg berpisah jasad sekalipon. Sebab ? Sebb kekuatan tu bersumberkan Dia.

****

Petang yg sepoi² bhasa tu aku lepak kat masjid. Tinjau board kat masjid y penoh dgn tazkirah y ditulis sendiri oleh junior² sekolah aku.

Ada satu tajuk tu y mnarik bola mata aku .

'Kita mengaku kita ada satu Tuhan, tapi kenapa kita sering jadi hamba kpd Ramadhan'...


'Sudah mnjadi adat bagi kitakah pabila tibanya Ramadhan, baru sibok² nk tutup aurat, baru rasa nk singgah mesejid, baru nk bukak Al Quran, baru nk buat segala-gala amal ibadat di bulan Ramadhan ? Se-olah² kita 'hidup' hnya di bulan Ramadhan dan bulan lain² tu kita 'mati'. Boleh ana buat analogi macam tu ?

Fahamilah kalian, bahawa Ramadhan itu mrupakan sebuah madrasah yg tersergam indah. Mmpunyai 'para pndidik' yg mndidik hati dan jiwa. untuk kita sama² mempraktikkan ilmu yg ada. Merebut 'hadiah dan peluang' yg disediakan. Hadiah yg tidak ternilai. Allahhu Allah.

Senang keceklah, bila kita kata madrasah kan, bermakna bulan² lain tu kita belajar belajar belajar, amal amal amal then bulan Ramadhan tu ibarat mcm exam yg besar gedabak. Yg mmbuatkn rama² brtrbgn dalm prut kita*butterflies in stomach. Waktu tu kita kluarkan habeh segala segalanya apa yg kita dh belajar n amal kat bulan² yg lain tu. Makna kata kita istiqamah. Istiqamah tu maksud dia bukan hnya berterusan tp amalan kita bertambh baik.

+Yelah, aku nk rebut pluang brlipat gnda kat bulan Ramadhan la ni.
-Pahala yg Allah bg lbih baik drpd seribu bulan tahu ? Bulan lain tak dapat macm ni.
×bestnya Ramadhan kali ni. aku khatam quran 3 kalli kot.

Lpas Ramadhan..

+Ramadhan haritu aku dh all out habeh. Sekarg nk fokus kat stadi plak aa.
-Alah, janji buat yg fardhu. Itu yg pnting.
×*quran berhabuk ats almari sebb dh sebulan takbaca*. Ramadhan haritukan dh khatam 3 kali.

Bannganya kita. *geleng kepala kiri kanan 3 kali, tunduk bawah*



*menangis 😭

Aku rasa sangat terok. Aku lebih terok drpd hamba Ramadhan kerana aku hamba kepada perasaan. Baru diuji dgn persahabatan tapi aku seolah-olah meletakkan pergantungan aku lebih kepada seorg manusia drpd Allah S.W.T. Aku nakkan perhatian manusia. Meskipon hakikatnya aku baca Al Quran , berqiyamullail, smbahyang terawih tp pd siapakah aku ltakkan hati ini. Pada Allah atau pada manusia ? Allahhu. 😭

Sungguh aku rasa sangat kerdil waktu ini. Kecilnya aku. Teroknya aku. Kerana apa ? Kerana membiarkan perasaan yg bermaharajalela mnguasai diri aku.

Semoga rasa cinta dan kasih sayang ini diletakkan di tempat yang selayaknya ya Allah. Jangan biarkan nafsu dan dunia mengaburi pandangan. Maafkan hambamu yang hina ini ya Allah :'''(


The End.

*****************************************///////**********************************

Tergantung tak? Actually, cerita ni dah lama aku nak publish sempena contest yang Mato @ BudakTomato buat. Tapi, ilham untuk ending dia tu lama betul nak sampai so aku just save dan aku berhasrat nak publish cerita ni dalam blog jelah. So inilah ku kira masanya. Time tulis ni zaman kanak-kanak tak berapa nak ribena sangat lah. Hehehe.

Semoga korang terhibur dan diulit mimpi indah. Adios. Assalamualaikum.