Isnin, 19 Mei 2025

Simpang.

Shadow at Gloomy Crossroads
-ChatGPT-


Kebuntuan ini terlalu banyak simpang
Utara atau tengah
Pulang atau sekadar singgah
Kerja di rumah ataupun terikat di luar
Sementara atau yang panjang masanya

Yang di sana
Selalu meminta pulang
Bukan hati tak sudi
Tapi bila sakit itu datang
Meraung bukan kepalang
Terkadang bukan tak kenang
Pernah pinta bantuan 
Tapi tak diendah
Meluru mata ini turunnya salju
Hati pula disiat pilu

Dikatanya kita
Pentingkan diri
Soal bicara itu ini
'Ya, kaulah menang'
Kerana kau terlebih dahulu makan garam

Bukan nak caci
Bukan nak kata
Cuma hati ini mahu meluah cerita
Tak tahan pedihnya derita

Akal ini tahu
Mereka peduli mengambil berat
Pasti bosannya pihak sana
Kerana jawapannya tetap sama
'Belum kerja lagi'

********

Penat dah bermadah.
Terima kasih untuk yang bertanya khabar. Yang share iklan kerja apa semua.
Walaupun kadang-kadang rasa macam malas gila nak jawab.
Sebab insecurity tu tinggi yang amat kan.
Padahal depa ni sebenarnya ambil berat ja pasai hang.
Tapi tulah emosi lagi tinggi dari rasional. Tu yang selalu salah erti niat tu. Selalu fikir bukan-bukan.
Maaflah kalau nampak macam sombong. Bukan sombong tapi geram yang haritu tak habis lagi.
Tak kata tak pernah tolong, cuma bantuan kecil kita minta tu pun dipandang enteng.
Kecil bagi aku, tapi besar bagi dia kot.
Sudahlah Lidya, tak payah nak simpan lama-lama sakit tu.
Hang susah nanti, depa juga yang tolong kan? 
Move on, Lidya!

Oh, mungkin aku tak move on sebab benda ni boleh jadi alasan kenapa aku tak mau balik kot.
Hahahahahhah.
Okay sudah, sudah!

MOVE ON, PLEASE!

Aku Tak Tahu.

Dulu, sebelum aku pergi latihan industri (internship), aku minta sangat-sangat dekat Allah untuk dapat kerja. Setiap hari. Tambah-tambah lagi waktu tengah jemur kain. Sambil berangan, sambil tangan capai penyangkut, sambil tu bermonolog dengan Allah:

'Kalau kata tempat yang aku nak intern tu baguih, harap-harap depa maulah offer aku kerja kat situ, Ya Allah'.

Yes. Aku dapat kerja kat situ. 

Tapi... Aku tak tahan. Segedang-gedang Lidya ni tak mampu bertahan di tempat itu. Lemah? Mental tak kuat? Mungkin aku ni samalah dengan apa yang netizen selalu pertikaikan - :

'Budak-budak sekarang ni lemah! Mental tak kuat! Gen Z ni tak boleh buat kerja, manja!'

Ooops.. I bukan Gen Z, I millenials😝.

Aku tak tahu adakah disebabkan ketahanan mental aku yang terlalu rendah. 

Atau....

Aku sememangnya malas. 

ANTI-SOSIAL? INTROVERT? OVERTHINKING? 

Aku pun tak tahu, guys.

Mungkinkah aku terlalu mengharapkan kesempurnaan?

Rasa tak bersyukur pun ada, sebab Allah dah bagi apa yang aku hajatkan, alih-alih aku lari pulak. So, dekat sini aku selalu rasa aku ni memang bermasalah. 

Untuk nak sedapkan hati (walau dalam masa yang sekejap), ramai je yang berhenti selepas aku letak jawatan tu. So, apa yang aku rasa ni maybe valid la kot kan(?) 

Nak hadap dengan diri sendiri punya karenah pun penat tau, apatah lagi nak layan manusia lain. Rasa macam 

'ARGHHHH, PENATNYA!'. 

Tapi tulah aku silap, nak tak nak memang kena hadap orang lain, manusia lain. 

This world is not only about you, Lidya!

Ye, orang memang cakap dekat aku, dekat mana-mana tempat kerja pun ada toksik. Tak bos, orang sekeliling. I tak strong la korang....... Menyesal? Adalah juga sikit. Aku bukan macam orang yang 5 tahun berzikir nak resign, tapi dialah paling lama stay dalam company tu. Aku terus buat! Aku nak resign, memang aku resign!

Mungkin sebab aku ada talian hayat? Mungkin sebab takde pressure? Mungkin sebab tiada komitmen tinggi? 

Aku tak tahu.          

I don't even know myself. 

Hmm, do you know me?


Lost in Moonlit Waves
- ChatGPT -

Aku memang buntu sekarang ni. Aku nak buat benda yang aku minat, passion, tapi aku tak tahu. Aku tak jumpa. 

Pasal passion ni pun, ye, aku dengar juga orang cakap, susah nak jumpa kerja yang kita betul-betul minat. Kalau macam tu sampai bila-bila la tak kerja, sebab nak tunggu minat tu datang?!! Nani kore ~

Usaha tu ada. Cuma mungkin tak bersungguh-sungguh kot?

Korang, tolonglah doakan aku eh. Aku perlukan sangat jalan keluar 😭.

Isnin, 12 Mei 2025

Comeback?

Waktu zaman aktif berblogger dulu-dulu, kalau dah lama tak update mesti jumpa ayat macam ni 'dah bersawang atau berhabuk blog' hahahahah🤣. 

Rindu ek. 

Rasa macam nak buat comeback menulis blog walaupun otak dan penulisan tak sekreatif dulu. 

Punyalah jenuh cari akaun ni tadi tapi Alhamdulillah, berjaya jumpa! 

                                                             ------------

Sekarang aku di dalam fasa pengangguran, fasa terendah dalam hidup, fasa mencari hala tuju dan arah hidup walaupun usia dah hampir 30-an... tapi masih lagi tercari-cari. 

Fikiran berkeceramuk. 

Ada satu time tu punyalah plan nak buat macam-macam, akhirnya satu apa pun tak jadi. Lepas tu putus asa dan tidur. 

Dilema antara itu dan ini. 
Tak cuba tapi dah overthink. End up apa? Putus asa dan tidur lagi. 

Status sekarang - Masih lagi tengah figure out, macam dah nampak harapan untuk teruskan. 
Harap betul-betul teruskanlah!!

                                                            ------------

Tak tahu siapa yang menjengah post ni, tapi tolonglah doakan aku ya ;) 

Tolong doakan aku jangan pernah putus asa, jangan pernah putus harapan, jangan pernah putus doa ;)