Sabtu, 26 Mei 2018

Rindu.

Malam ini. Saat ini. Aku terlalu rindukan mereka.

Mereka adalah insan insan yang hadir dalam hidup aku.
Hadir memberikan kebahagiaan.
Hadir membawa harapan.
Hadir memberikan penghargaan.
Hadir memberikan kekuatan.
Hadir mengambil berat.
Meskipun ada yang hadir hanya memberikan sebuah senyuman. Aku rindu. Aku rindu mereka.

Titisan kegembiraan ini mengaburi kenangan yang pahit.

Ya, pasti ada duka dalam setiap penceritaan.......

Tapi biarlah malam ini hanya kenangan manis yang mengetuk memori dan memenuhi ruang fikiranku :).

Sungguh, aku bersyukur ya Allah kerana dikelilingi insan insan yang baik seperti mereka ya Allah. Hanya aku manusia tidak berguna, tidak pernah menghargai mereka :')

Semoga mereka berada dalam keadaan yang baik di mana jua mereka berada, ya Allah. Semoga kehidupan mereka diberkati dan dirahmati selalu, ya Allah. Semoga mereka mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun di akhirat sana nanti, ya Allah.

Semoga dengan titipan doa ini dapat juga menjadi bekalan untukku di sana kelak :')

Kawan, teman, sahabat. Sungguh aku rindu kalian.
Terima kasih untuk semua kenangan, pengajaran, kebaikan dan terima kasih untuk segala-galanya.

Cc :
Kawan TNB
Tridex
SKKJ
SMAZ
SRISS
SABK BP
POLIMAS


Sabtu, 10 Februari 2018

HambaNya :')

Eksaited gila aku nak sambut Ramadhan tahun ni. Tahu tak sebab apa ? Sebab ada dia. Dia yang ku sayang selamanya.

Aicewah.

Aku sangat-sangat yakin yang Ramadhan tahun ni lebih osem drpd tahun-tahun sebelumnya sebab sahabat yg aku sayang fillah till Jannah ni sentiasa ada kat sisi aku. Wow. Sweet tak aku ? Yelah. Bila ade sahabat ni , dia ibarat reminder yang tak perlu diset. Mana-mana mutabaah amal yang aku tertinggal dia akan tegur, dan begitu jugak sebaliknya. Gitulah kiteorang, saling melengkapi.

Kiteorang gi qiam sama-sama, sahur sama-sama, bukak posa sama-sama. Solat terawih sebelah sebelah. Kumpulan tadarus kiteorang tak sekali, tapi kalo aku lambat habis dia tunggu, sambil kenyit mata kat aku. So far semua benda yang kiteorang buat, kiteorang akan buat SAMA-SAMA.

Aku dengan dia tak duduk mahallah yg sama. Dia di Mahallah Suwaibah , aku di Mahallah Maryam. Tak jaoh manepon, tapikan paham jelah kan. Magnet ukhuwah yg kami bina tu tak bisa membuatkan kami berdua berjauhan. Oke. Silalah muntah kelabu. :P

Aku : Weh, esok jgn lupa kejut ana nah.
Azwa : No biggie dear. *sengih sampai nampak gigi dia yang putih bersinar.*

Oke. Memang dah jadi rutin dialah kejut aku pagi-pagi. Aku ? Kejut dia heh ? Sekali dua kot. Hehe. Dia junior, tak banyak homework sangat. Tak banyak kerja. Lainlah aku ni, pengawas, pegang jawatan dalam badan tertinggi sekolah lagi, banyak kerja, asyik-asyik mesyuarat, pastu aku form 4, tahun depan exam besar pulok. Banyak homework doh. Penat oke. Hahahaha. Oke, aku taw tu semua ALASAN yang korang rasa clichΓ© sangat kan. Saja ja aku nak bermanja ngan dia. Silalah muntah biru pulak. :P

Tapi kan korang, dia sgt faham aku and aku amaaaaat beruntung giler ade sahabat cam dia. Aku sayang so much kat dia weh.

Tapi, pelangi kan tak selalu munchol. Untuk sampai ke Ramadhan yg seterusnya, aku tak se-eksaited tahun lepas dah.

Yess. Memang aku harapkan Ramadan tahun ni lagi baik daripada tahun lepas tapi yang bezanya adalah tahun ini tiada lagi dia kat sisi.

Jujurnya, memang aku yang salah. Aku akui aku yang melarikan diri. Aku tak sampai hati nak bagitau dekat kau. Jadinya aku bertindak mnjauhkan diri walaupun hati aku ni sakit sangat-sangat. T.T.


Sebab aku menjauhkan diri, sebelum cuti panjang, aku ada dapat surat. Dua ‘love’ letters. Sehelai kertas warna putih, sehelai lagi kertas warna pink.


Konklusi mudah yang boleh aku buat melalui kedua-dua surat tu adalah ; depa tak boleh terima aku rapat dengan Azwa. Depa kata depa rindu aku yang dulu. Melepak, mengarut, ketawa, sedih ngan depa macam dulu-dulu. Tapi aku asyik dengan Azwa ja. Asyik-asyik dengan dia. Jadi, aku ni dah macam melupakan classmates sendiri.

So aku bertindak menjauhkan diri daripada hang atas beberapa sebab yang lain selain yang dikisahkan di atas.

Aku tahu hang sakit tapi aku selalu doakan hang agar dapat sahabat yang lebih baik, yang dapat jaga hang, yang dapat bimbing hang ke Syurga.

Memang terjadilah babak-babak drama yang menyentuh kalbu ni. Aku dah agak dia mesti tertanya-tanya punya, tapi biarlah ianya menjadi rahsia antara aku, Fizah dan Allah.

Fizah pon tahu sikit-sikit, pasal surat tu memang dia tahulah sebab dia baca, cuma sebab lain tu………. Fizah taktahu.

Aku just bagitau dia
' Ade sebab akak buat ceni.. :’) '

Bila nak bersatu balek, rasa sakit, takut dan rasa kurang percaya dah wujud dalam diri. Ditambah serbuk perisa yang namanya cemburu.

Fizah… Fizah hang dah curik dia daripada aku!

Hahaha. Takdelah. Gurau je woi.

Back to the story, esok dah nak kene balik asrama. Huhu. Rasa macam taknak balik asrama je. Rasa nak mintak izin kat parents aku bagi aku berulang untuk bulan Ramadhan ni. Kenapa ? Sebab memori tahun lepas bersama dia di bulan Ramdhan, membuatkan aku rindu untuk berada di setiap saat tu. RINDUNYA mencengkam kalbu.

Disebabkan aku amek SPM tahun ni, aku nak kena study, kadang-kadang kena stay up, kalau duduk asrama senang sikit nak tanya kawan-kawan mana yang tak faham, and aku malas jugak la nak susahkan ayah aku yang nak kene amek-hantar aku. Harapan nak berulang tu aku kuburkan dalam hati. Jadi, aku gagahkan diri mengharungi Ramadhan kali ni tanpa si dia.


First day utk Ramadhan 2014 di asrama.
0500am,


Azwa : Oit, bangun. Qiam ke tak lg ni ?

terkebil kebil mata aku nak celik.

Aku : (eh?) Ermm. Blom.
Azwa : Haa. Bangun-bangun. Pi buat qiam kaih.
Aku : Haa. Oke.

Nampaknya dia tak lupa tugas dia kejut aku tiap-tiap pagi. Hihi. Even dah tak bukak posa sekali apa semua. Tapi hati aku tersentuh dengan perbuatan dia tu. Tiap-tiap pagi dia kejut weh. Ade jugak sekali dua tu aku dah bangun dah sebenarnya, cumanya saja tunggu dia datang kejut jugak. Hehe.

Seriously, bukan mudah untuk melupakan. Setiap benda yang aku buat mesti ingat kat dia. Usha dari jauh ja mampu. Tapi takdalah trang tang tang, usha sebelah mata je (kononnya). Setiap waktu. Waktu sahur, waktu bukak posa, waktu sembahyang terawih, waktu tadarus.

Kadang-kadang rasa macam ada seseorang tengah tunggu aku waktu tadarus. Bila aku kalih belakang , aku nampak dia. Tapi…. dia membelakangi aku , dia dah tak kenyit mata mcm dulu (.

************************************//*******************************************

Tak sangka program yang dinanti-nanti bakal tiba seminggu ja lagi , that means Ramadhan jugak bakal meninggalkan aku dua minggu ja lagi. Program tu nama dia 3R. Remaja Raikan Ramadhan. Ustaz-ustaz yang mantap dijemput khas untuk menyampaikan tazkirah dan perkongsia , ade qiyam perdana, dakwah jamaie dan banyak lagi aktvti yang daebak. Aku pulak jadik Penolong Pengarah utk program 3 hari 2 malam ni. Busy kot. Dapat la lupa sekejap pasal dia. Tapi dugaan sebagai Penolong Pengarah ni memang banyak ah. Naseb ade AJK yg bg sokongan. Tapi, aku sebenarnya nk jugk sokongan drpd dia. Kata² smgt. Kalau aku down, dia slalu selit memo @ sticky notes kat Quran aku. Takpun dia buat muka Mr Bean dia tu. Tp yg paling best antara smua tu adalah ...... :

Azwa : Sistur, awat nih. Sapa buat ? *dia datg duduk sebelah aku.
Aku : (keluar air mata je dgn bunyik tersedu tersedan)
Azwa : meh nangis kat bahu ana ni. *tgn dia sebelah kanan tu peluk aku
Aku : (sandar kat bahu dia smpai bnjir bju dia.)
Azwa : mengislah kak klo yg tu yg buat akk lega. oke?
Aku : (aku anguk², bila dh reda bru aku stat cita.)

Dia tu mcm kakak. Walau dia junior, tp masyaAllah matang dan bijak orgnya. Pndgr setia msalh aku.

Ayat yg aku takleh lupa sekali bila aku berdolak-dalih nk crita msalah aku kat dia.

'It sokay, Wa. Ana ni membebankan otak nti ja.'

Dia akn jawab,
'Akk, ana akn tolg akk semampu keupayaan ana,kak. If d luar kmmpuan ana, mnjadi pndgr kpd msalh akk pon dh dpt mringankan beban ana taw.'

Aku tnya lg, 'ishla, pesaipa plak?'

'Sebb beban akk dah kurg.'


Tak sgka program kali ni memg mnguji ksabaran aku. Ramai gila bebudak yg kompelin pasal grup diaorg. Tak ngam, takleh masok, ni bukn spesis kamilah, takleh huha². Hadeh. Ape hadaf diaorg sebenar join prog ni ? Dan GENG² SENIOR pulak datg prog lmbat. Batch aku memg tak terkecuali lah. Mana tak sedihnya.
Jatoh terduduk aku menangis depan junior tu, naseb dia salah satu AJK 3R. So, dia faham situasi.

Then, lpas berdrama queen kat tepi longkang tu, aku kuatkan diri masok masjid. Lap² air mata smua, langkah demi langkah aku ayunkan. Tetiba, aku dapt aduan yg sorg budak ni tak puas ati ngan grup dia.

Aku tgk Fizah dari jaoh. Dia tgh smbg ngan adik² junior. Aku jeling dia. Senanya nk mnx perhatian. Nk sgt cakp 'Tolg aku'. Tp sebb aku tak tahan sgt, terkenalah tempias sindrom aku nih.

Alhamdulillah, ade alumni skolh sudi turun padang wktu program. Sgt mmbntu. Rasa positif sikit. 😊.

'Man,..'

Fizah.

Fizah: Marah betol nt kat ana ? Jelinganmu mnyntap hatiku.
Aku : Memg pon. Selpish bak hiang!
Fizah : Woi, sesedap oren ja nk cakp kat org. Sorrylah wei. Nt kenapa ?
Aku : Feeling down sgt² td. Nt boleh pulak suka suki dok ngan depa² tu noh.
Fizah : Mna nk taw. Kotla nk pggil ka apa. Wek.
Aku : Haha. Oke, ana salah. Saya mengaku.

Alhamdulillah. Kan best klo setiap masalah tu kita selesai dgn cara baik, bilhikmah.
Kan ?

**************

Syukur. Pnutup program smalm dapt la sedikit sebyk merehatkn fizikal dan mntal aku harini.
Dan syukur Ya Allah, Kau dh mnemukn dia dgn sahabat yg jaaaaaaaaaaaaaaauuuuuhhhhh lebih baik drpd aku. Yg lebih hebat drpd aku. Yg byk ilmu drpd aku. Alhamdulillah , syukur. *menangis kegembiraan*
Terima kasih Fizah. Aku yakin yg persahabtan hg dgn Azwa akn kekal konkrit selamanya walau korg berpisah jasad sekalipon. Sebab ? Sebb kekuatan tu bersumberkan Dia.

****

Petang yg sepoi² bhasa tu aku lepak kat masjid. Tinjau board kat masjid y penoh dgn tazkirah y ditulis sendiri oleh junior² sekolah aku.

Ada satu tajuk tu y mnarik bola mata aku .

'Kita mengaku kita ada satu Tuhan, tapi kenapa kita sering jadi hamba kpd Ramadhan'...


'Sudah mnjadi adat bagi kitakah pabila tibanya Ramadhan, baru sibok² nk tutup aurat, baru rasa nk singgah mesejid, baru nk bukak Al Quran, baru nk buat segala-gala amal ibadat di bulan Ramadhan ? Se-olah² kita 'hidup' hnya di bulan Ramadhan dan bulan lain² tu kita 'mati'. Boleh ana buat analogi macam tu ?

Fahamilah kalian, bahawa Ramadhan itu mrupakan sebuah madrasah yg tersergam indah. Mmpunyai 'para pndidik' yg mndidik hati dan jiwa. untuk kita sama² mempraktikkan ilmu yg ada. Merebut 'hadiah dan peluang' yg disediakan. Hadiah yg tidak ternilai. Allahhu Allah.

Senang keceklah, bila kita kata madrasah kan, bermakna bulan² lain tu kita belajar belajar belajar, amal amal amal then bulan Ramadhan tu ibarat mcm exam yg besar gedabak. Yg mmbuatkn rama² brtrbgn dalm prut kita*butterflies in stomach. Waktu tu kita kluarkan habeh segala segalanya apa yg kita dh belajar n amal kat bulan² yg lain tu. Makna kata kita istiqamah. Istiqamah tu maksud dia bukan hnya berterusan tp amalan kita bertambh baik.

+Yelah, aku nk rebut pluang brlipat gnda kat bulan Ramadhan la ni.
-Pahala yg Allah bg lbih baik drpd seribu bulan tahu ? Bulan lain tak dapat macm ni.
×bestnya Ramadhan kali ni. aku khatam quran 3 kalli kot.

Lpas Ramadhan..

+Ramadhan haritu aku dh all out habeh. Sekarg nk fokus kat stadi plak aa.
-Alah, janji buat yg fardhu. Itu yg pnting.
×*quran berhabuk ats almari sebb dh sebulan takbaca*. Ramadhan haritukan dh khatam 3 kali.

Bannganya kita. *geleng kepala kiri kanan 3 kali, tunduk bawah*



*menangis 😭

Aku rasa sangat terok. Aku lebih terok drpd hamba Ramadhan kerana aku hamba kepada perasaan. Baru diuji dgn persahabatan tapi aku seolah-olah meletakkan pergantungan aku lebih kepada seorg manusia drpd Allah S.W.T. Aku nakkan perhatian manusia. Meskipon hakikatnya aku baca Al Quran , berqiyamullail, smbahyang terawih tp pd siapakah aku ltakkan hati ini. Pada Allah atau pada manusia ? Allahhu. 😭

Sungguh aku rasa sangat kerdil waktu ini. Kecilnya aku. Teroknya aku. Kerana apa ? Kerana membiarkan perasaan yg bermaharajalela mnguasai diri aku.

Semoga rasa cinta dan kasih sayang ini diletakkan di tempat yang selayaknya ya Allah. Jangan biarkan nafsu dan dunia mengaburi pandangan. Maafkan hambamu yang hina ini ya Allah :'''(


The End.

*****************************************///////**********************************

Tergantung tak? Actually, cerita ni dah lama aku nak publish sempena contest yang Mato @ BudakTomato buat. Tapi, ilham untuk ending dia tu lama betul nak sampai so aku just save dan aku berhasrat nak publish cerita ni dalam blog jelah. So inilah ku kira masanya. Time tulis ni zaman kanak-kanak tak berapa nak ribena sangat lah. Hehehe.

Semoga korang terhibur dan diulit mimpi indah. Adios. Assalamualaikum.


Jumaat, 29 Disember 2017

Bicara Buat Sahabat

Sahabat,
Diriku bukanlah sesiapa
Malahan hanya manusia biasa
Yang tak pernah punya apa apa
Apatah lagi untuk dibanggakan
Memang lansung tidak ada
Sungguh aku tak pandai bermadah
Apatah lagi menghilangkan rasa gundah
Namun aku punya sedikit kata
Untuk kita kongsi bersama.

Sahabat,
Dalam kancah kehidupan
Bertemu, berpisah dan melupakan
Itu cuma perkara biasa
Percayalah bahawa apa yang terjadi adalah kehendak-Nya
Seperti mentari dan bulan juga
Mana pernah muncul bersama
Namun tetap saling bekerjasama
Mengindahkan lagi alam semesta.

Sahabat,
Jika pernah hatimu berduka
Pandanglah keindahan alam semesta
Bukalah sedikit ruang buat hatimu berbicara
Tentang nikmat yang lebih berharga dari Yang Maha Esa
Iaitu nikmat hidup di dunia.

Sahabat,
Ceritera yang telah kita lakarkan
Biarlah tersimpan kemas dalam kotak ingatan
Namun ku hanya punya satu permintaan
Teruskanlah mewarnai sisa kehidupan yang masih berbaki
Kerana hidup kita ini hanyalah sekali
Usah mengeluh kenapa kita diduga begitu dan begini
Kerana semuanya adalah ketetapan Ilahi
Terimalah semuanya dengan rendah hati
Nescaya kebahagiaan pasti kau temui

Ketika perasaan rindu menjelma
Pada dia yang sangat disayangi nun jauh di sana
Maka dakapkanlah Al-Quran dalam hatimu
Maka rindukanlah dia dalam setiap doamu
Maka rindukanlah dia dalam setiap sujudmu
Maka pintalah agar dia selalu berada di jalan-Nya
Maka pintalah agar Dia selalu menjaga hatinya.

Ku sampaikan salam rindu buatmu teman
Moga dirimu baik baik saja
Dan moga Allah menjaga kamu selalu.

=========================================
=========================================

Aku jumpa puisi indah ni dalam diari zaman kelabu aku. Pasti ada sebab aku tulis kan ? Setiap kali aku baca puisi ni, hati aku tersentuh dan mata aku mula berkaca. Perasaan sebak mula hadir.

Memang bukan aku yang buat puisi ni tapi aku nak kreditkan pada penulis puisi ni dan aku nak cakap puisi yang hang buat ni memang terbaik. Serius aku tak ingat kat mana aku copy, tapi selalunya Mr Google lah kan πŸ˜‚.

Terima kasih atas peluang dan kesempatan ini.
Semoga kita semua berada dalam keadaan yang baik selalu.

Tolong boleh ?
Tolong doakan aku.



Jumaat, 10 November 2017

Dulu dan Sekarang.

Apa yang ada dulu mungkin tak ada pada waktu sekarang. Mungkin dari sudut kebendaan. Mungkin dari segi attitude. Mungkin dari aspek keluarga. Mungkin terjadi dalam persahabatan.
.
.

Dan. Apa yang ada sekarang mungkin tak ada waktu dulu.
Mungkin sekarang lebih berduit. Mungkin sekarang dah bekerja. Mungkin sekarang dah masuk IPT. Mungkin sekarang dah ada akaun bank sendiri. Mungkin sekarang dah ada geng gossip girl. Mungkin sekarang dah pandai demand itu ini, nak melawa. Mungkin sekarang ...?
.
.
Seseorang yang bergelar manusia memang takkan pernah puas kan ? Mungkin faham erti kesyukuran. Faham ke ?
Kalau faham pun mungkin hanya pada harfiah sahaja. Bukan lahiriah.
Susah sangat nak hadirkan rasa kesyukuran. Kenapa mesti tinggikan ego ? Dan kenapa mesti orang lain yang dipersalahkan ? Kenapa susah untuk mengaku kesilapan diri sendiri ?
.
.
Maafkan diri ini.
Doakan diri ini.
Semoga Allah sentiasa jaga hati kau dan aku.

Isnin, 18 Januari 2016

|| MANISNYA H ITU ||


🌸🌸🌸


Situasi antara Suhaila dan Zayanah di kafeteria di sebuah universiti.

“Wei su, ko perasan tak lately nih kira tu macam lain?” Tanya zay sambil hirup teh o ais yang baru dibeli nya.


“Lain cane? Oh maksud ko perubahan dia? Especially dekat tudung tu en? Haah la, aku pun perasan. Labuh sikit tak macam biasa. Comel pulak aku tengok, Dia pun sekarang ni aku tengok tiap kali azan maghrib salu je cepat-cepat siap nak jemaah kat surau.” Jawab su bersungguh-sungguh.


“Haah tu la yang aku maksudkan. Aku rasa dia dah berubah la. Herm. Baguslah dia dah berubah. Aku salute ah dia. Kuat hati nak melawan pandangan orang sekeliling. Aku ni entahla weh bila nak berubah. Dia macam ada rasa nak berubah, tapi tu la kalau diingatkan dengan pandangan orang kat kita lepas berubah, aku tak sangup nak hadap lagi weh. “ keluh zay dengan kesal.”


“Haa tu lah. Same ah dengan aku beb. Pandangan orang sekeliling ni payah ah. Apesal orang kita suka sangat pandang serong ? kadang tu en, bukan geng macam kita tau pandang pelik tapi ‘geng muslimah+ geng surau’ lah yang paling obvious pandang pelik dengan orang yang nak berubah ni tau. Aku pernah kena beb. Aku bukan sembang kosong duhhh. Pernah dulu aku try pakai stoking tangan + stoking kaki tau gi kelas, entah aku mimpi apa entah terasa macam nak pakai stoking+stongan hari tu, aku pun pakai lah. Tapi stoking tak nampak sangat sebab sneakers yang aku pakai sama warna dengan stoking. Lepastu kan ko tau tetiba pulak haritu masa Sir Saffrul dia suruh aku dengan coursemate masuk dewan gemilang, sebab dewan yang sepatutnya aku guna airconditioner rosak. Ko tau en nak masuk dewan gemilang tu kena tanggalkan kasut, aku pun tanggalkan jelah. Pastu nak dijadikan cerita ada lah sekumpulan ‘geng muslimah’ duduk dekat satu barisan, barisan tu pulak aku kena lalui kalau nak duduk dekat aku punya geng. Aku pun lalu jelah kan, pastu lepas je aku lalu aku tengok diorang pastu diorang perasan aku pakai stoking+stongan then dorang bisik-bisik then gelak. Herm. Ko rasa tak apa yang aku rasa weh? Lepas dorang respon camtu ko rasa ko patut buat apa weh? Masa tu aku sedih gila kot. Sumpah tak tipu. Terasa macam aku tak layak je nak berubah. Pastu, sejak dari insiden tu aku dah tak pakai dah, aku simpan je benda tu semua.” luah su kepada zay.


“Ya Allah. Macam tu respond dorang? Tak sangka pulak aku weh. Kalau nak diikutkan stoking+ stongan je pun. Benda simple je kot. Herm taktaulah aku nak cakap apa. Kita sangka baik jelah weh. Aku rasa buat masa ni kita buat benda yang tak obvious sangat je dulu. Kita tambahkan iman dan kekuatan dalaman kita je dulu. Nak berubah sepenuhnya kena perlukan suasana dan keadaan yang sesuai. Eh beb dah pukul berapa ni, jom asar” cadang zay sambil menghabiskan saki baki makanan yang ada di pinggan nya.


“Haa betul kata ko. Buat masa ni kita slow-slow je dulu.Ohh haah dah dekat pukul 5 setengah dah ni. Lama gila duhh kita sembang. Hahaha jom jom.” Sahut su, dan selepas beberapa minit mereka berdua berjalan keluar dari kafeteria tersebut.


🌸🌸🌸


Selang beberapa hari. Ketika kira, su dan zay tengah rancak berborak, kira mencelah dan diajak nya su dan zay untuk join usrah. Dan ajakan kira disambut su dan zan dengan perasaan terharu dan sebak.

❤️❤️❤️

Hijrah tu pengorbanan. Hijrah tu perit tp manis. πŸ˜‹ Manisnya tu mungkin kita tak nampak sekarang , dan believe me kita tak akan rasa manis tu if kita tak try dia dulu. Andai kata kita nak gi beli buah tembikai ke πŸ‰, pelam harumanis 🍐 ke kan, abe abe yg jual tu msti ghoyak 'Buah manis buah manis, rugi tak beli ni kak !'. Dh abe tu ckp manis, msti kita nk cuba kan ? Nk rasa kan ? Rasa manis tu boleh tak kita nak bgtaw kat org mcm mana rasanyaa tuuu ? Tapi kitaa rasaaaa manis diaaa tuuu, kaaannn ? Can u feel it ? Can u feel me ? *penuh gaya dan imaginasi Kak Khadeeja mnceritakannya.*

Maka akan datangnya onak dan duri ✈️πŸƒπŸŒ²⚡️wktu kita melalui proses hijrah tersebut. Mungkin akan adanya cacian, makian, jelingan, sindiran dan kepelbagaian lg kan tp percayalah itu semualah UJIAN yg akan menguatkan πŸ’ͺ🏻 kita lg bukan utk menjatuhkan. No no. πŸ™…

Yes, kita akan diiuji. Kata nak berubah kan, jd Allah test sikit iman kita tu. Kalau kita betul betul telusuri, hayati kisah Nabi, para sahabat, mujahid mujahidah terdahulu , ya Allah tak terbayangnya dugaaan nya tu. Lg dasat dan iman mereka semua tersangatlah mantap. Sangat maantaap. Tak goyah sikit mahupun sejemput. Tp kita ni mcm mana ? Jentik sikit, πŸ‘ŒπŸΌ dh rebah 😒.

Akhawat fillah ❤️, mohonlah pd Yang Maha Kuat di ats saanaaa tu πŸ‘†. Biarlah kita ni dipandang cantik, hebat, manis, molek di sisi Allah SWT, bukan kita nk dpandang oleh makhluk ciptaanNya. Tmbah tmbah lg bila kita usaha tu , kita usaha sungguh sunguh. Dun worrylah, Allah nilai usaha kita tu walau sekecil zarah sekalipon πŸ’Ž.

Percayalaah dgn jaaji ALLAH, bersangkaa baiklah denganNya, InshaaAllah jika kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita. (Surah Muhammaad : 7 )

🌹🌹🌹

Usai kata kata akhir Kak Khadeeja trus Suhaila menoleh ke Kira dan Zay dgn mata yg berair dan hidung yg kemerah merahan.

Kira, bimbing kaami ke Syurga Kira. *Zay menggenggam erat tangan Kira smbil menitiskan air mata.*

InshaaAllah sahabat, kita sama samaa menuju redhaNYA. Kita saling melengkapi. Saling menguatkan. Sayaang kaalian Lillah. *Kira mengucup ubun kepaala Zay di sebelah kaanan, dan Su di sebelah kirinya*

🌸🌸🌸

HASIL NUKILAN KA paling sweet. SWEET 20 GITEWW. HUHU.

Love,
KA@pb & KA@hajaraliasss

Khamis, 4 Disember 2014

Speech less~


Assalamualaikum!

Lama gila x menaip. Seriyes rindu. Heee~

Alhamdulillah, rasalah KELEGAAN (walau utk seketika) setelah tamatnya SPM on 27th November ritu. Soalan memg 'sempoi' habih. Tak tahu dapat apelah nnt. Tapi for sure everybody hope for the best kan? So, this is the time where we have to put our TAWAKKAL ila Lillah. Doa jampi-jampian kene berkoyan-koyan. Eheh. Hmm. Yalah. Doa spaya examiner paper kami taon ni berhati lembut aww-aww. Huhu. Lmbut mcm marshmallow buleh? And harapan y seterusnya adalah agar graf tahun ini TURUN-TURUn-TURun-TUrun-Turun-turun... Hewhew ~

As usually, lpas SPM pasti akn ada soalan common @ cliche y akn ditanya :

Apa plan lepas ni?

Besalah. Amik lesen, berkhidmat tuk famili n hadek2, keje.

Nk sambong mana? Hmmm. Mana2 y ade rezeki aq kat citulah.
Tolong doakan aq ye.

**********************************

Ekkceli, aq sebenanya risau. Risau dekat hadek2 kat kolah tu. Smalam depa kol. Terharu. Huhu. Hampa kena kuat weh. Tajdid niat tu. Jgn sebb 1 benda y remeh, kita buat keputusan y tidak bijak. Sebelum datang daurah msti hampa dah set target masing2 kan? So matlamat besar hampa adalah utk mcapai target tersebut n let the rest jadi SEJARAH anda. Oke,K.Lead memg suka cakap kencang kan? Bukan cakap kencang sayang, tapi ana taw n ana yakin adek2 semua HEBAT. Bila hebat, i know U all can DO IT! Masa y ada tu guna betoi2,hafal betol2. Kay?

**********************************

Dan...
For my sahabat seperjuangan 5 AS..
Walau cemana sekalipon terasa pedihnya ulu ati ni,
Walau cemane sekalipon terasa retak di dada ni,
Walau cemane sekalipon terasa macam ditoreh kaca hati ni,

Hampa tetap teman guwe selamanya.
Tqvm.

Papepon, bila dh face dunia luar sana, jaga iman,jaga diri leklok weh. Byk y kita dapat kat Azhar, xkkan x dak satu pon y kita praktikkan. Ana harap ukhuwah kita sampai bila-bila. Till end. Kalo x dapt bereunion kat sini pon, i'll hope kita dapat bereunion kat 'sana',insyaAllah.

Hampa? (terbayang hampa semua kalih kat ana) Err. Mintak maaf banyak2 nah.

*ana dh mula rasa y kita makin jaoh* T.T

Sabtu, 14 Jun 2014

Tup tap tup tap

Pejam celik pejam celik ato dlm bhsa omputehnya in the blink of an eye je, skarg kita smua dh berada pada pertengahan tahun 2014 . Sekejap je masa berlalu , sekejap lg je dh nk msuk asrama(huh-hu) , sekejap lg je kita nk amek peksa dh , sekejap lg je kita dok dalm dewan peperiksaan dgn pngawas peperiksaan y sporting n baik hati (amin) , dan sekejap lg je PESTA IBADAH di bulan ISTIMEWA lg BARAKAH, Ramadhan Kareem bakal tiba, DAN .. ntah-2 sekejap lg je .... Ajal datang menjemput kita . O.O Tepuk dada , tny iman . Tanya diri sendiri . X bermakna klo dh nk exam kita x perlu fokus pada ibadah . X bermakna jugak klo kita asyik masyuk beribadah tp x cakna dgn environment sekeliling . So, kita kena tawazun . Seimbang . Jom kita renew niat . Jom kita refresh diri . Jom kita bina azam baru . Jom jom jom jom jom, bersemangat ! Hehe . Over pulak . Masuk penggal kedua ni JOM UBAH ! Ubah SLOWLY attitude kita y mazmumah tu kpd mahmudah . Dan YEAYY !!! Ramadhan nk datg dh ! Harap sgt y Ramadhan tahun ni better berkali-2 gnda drpd Ramadhan taun2 lpas even kita-2 ni candidates y bakal amek exam besar skalipon (memg tuju kat diri sndiri). Better , if kita dapat jga hati,mulut,mata, jga smua nikmat y Allah bg ni dari buat bnda-2 y Dia x suka, Dia larang . B) Tp ... Sempat ke ? Allahhu . Allahumma ballighna fi Ramadhan,Ya Allah .. T.T ............... Istajib du'a ana, ya Allah . Amin ya Rabbal 'alamin . :))