Sabtu, 26 Mei 2018

Rindu.

Malam ini. Saat ini. Aku terlalu rindukan mereka.

Mereka adalah insan insan yang hadir dalam hidup aku.
Hadir memberikan kebahagiaan.
Hadir membawa harapan.
Hadir memberikan penghargaan.
Hadir memberikan kekuatan.
Hadir mengambil berat.
Meskipun ada yang hadir hanya memberikan sebuah senyuman. Aku rindu. Aku rindu mereka.

Titisan kegembiraan ini mengaburi kenangan yang pahit.

Ya, pasti ada duka dalam setiap penceritaan.......

Tapi biarlah malam ini hanya kenangan manis yang mengetuk memori dan memenuhi ruang fikiranku :).

Sungguh, aku bersyukur ya Allah kerana dikelilingi insan insan yang baik seperti mereka ya Allah. Hanya aku manusia tidak berguna, tidak pernah menghargai mereka :')

Semoga mereka berada dalam keadaan yang baik di mana jua mereka berada, ya Allah. Semoga kehidupan mereka diberkati dan dirahmati selalu, ya Allah. Semoga mereka mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun di akhirat sana nanti, ya Allah.

Semoga dengan titipan doa ini dapat juga menjadi bekalan untukku di sana kelak :')

Kawan, teman, sahabat. Sungguh aku rindu kalian.
Terima kasih untuk semua kenangan, pengajaran, kebaikan dan terima kasih untuk segala-galanya.

Cc :
Kawan TNB
Tridex
SKKJ
SMAZ
SRISS
SABK BP
POLIMAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau2 ada kesilapan , mohon ditegur !
Tq for spending ur time !!